Apa itu Kodi/XBMC



Soalan biasa dalam forum atau group ialah apa tu Kodi/XBMC? Saya nubis kubis nak tanya ni, saya dah install Kodi/XBMC tapi tak tau nak mula dari mana.

Lepas tu akan ada jawapan dari otai petai yang perlu banyak membaca, perlu banyak mengkaji.

Ada juga nubis kubis fikir, lepas je install dah boleh stream, dah boleh tengok @stro. Boleh kot. Tapi tak tahu lah saya macam mana nak tengok @stro. Tapi kalau nak stream memang boleh tapi mesti kena dengan cara nya.

Mula-mula kita kena tahu dulu apa itu Kodi/XBMC?
Saya akan terangkan apa yang saya paham secara umum, bukan secara teknikal. Ini kerana berdasarkan pengalaman saya sahaja. Tak perlu nak teknikal sangat sebab tujuan utama install benda ini adalah untuk tujuan hiburan. Bukan nak jadi programmer sangat.

Kodi/XBMC adalah benda yang sama. Sebelum ni diorang namakan sebagai XBMC, masuk version 14. Diberi codename baru iaitu KODI. Nanti ada version baru lagi, tukar nama lagi. Sesuai dengan tambahbaik/nilai diberikan.


Kodi adalah Open Source Home Theater Software. So, ini adalah software untuk Home Theater. Software yang lengkap untuk kita manage rancangan tv, movie, game, picture, music dan macam-macam lagi hiburan secara dalam 1 hub. Dengan tambah nilai yang lain (add-on) kita dapat full utilize software ni tanpa perlu buka software-software lain.

Secara tidak langsung. TV yang tak smart pun boleh jadi smart tv. Cari pc lama (yang baru sikit lah - sebab nak cucuk HDMI ke tv lcd), ada internet.Kemudian, kita cari add-on yang sesuai dengan jiwa anda.

Sebab majoriti pasang benda ni nak tengok sukan. Banyak add-on yang boleh stream sukan. Macam saya, just layan movie. Tak perlu download. Wife layan cerita Korea. Asal ada subtitle. Layan. Kalau takda tu skip je. Tak perlu buang masa nak download. Macam tak best. Stop, cari cerita lain.

Ini serba ringkas mengenai Kodi/XBMC. Saya akan kongsikan maklumat lain pada post yang lain.

Comments