iflix : RM8 or Free Setahun



Dah layan iflix? Untunglah pelanggan Unifi TM sebab dapat free setahun. Just connect je dengan wifi / connect wifi masa create akaun tu. Lepas tu, dapat akses free. Sebab dia detect by ip korang.

Untuk rekod, dalam masa 6 bulan iflix telah mengumpul 850,000 subscriber sejak dilancarkan. App support Android dan iOS device.

Disebalik tu, CEO dia sendiri Azran Osman-Rani memang betul-betul buat kerja. Dia sendiri join Group FB Streamers Tegar dan minta feedback direct dari streamers kat sana.



Sebab kat group tu ramai kaki Hulu, Netflix. Banyak lah improve iflix ni dari semasa ke semasa. Cuma saya kecewa sebab masih tak ada cerita OS ANAK TARZAN.

Memang patut pun dilantik jadi CEO. Ini bukan CEO drama Melayu, duduk meja besar. Meja kosong. Jatuh cinta dengan orang miskin, keluarga tak restu.. hehe..

Ini CEO suka cycling.

Berbalik kepada topik iflix, kalau takda Unifi tu, cuma ada streamyx je jangan risau. Boleh akses free sebulan untuk test. Mesra ke tak internet kat umah tu dengan content dia. Kalau agak-agak buffering tu takde jodoh lah.

Tapi TM dah janji, dia nak luaskan untuk 4MB dan 8MB Streamyx punya user untuk free setahun.

Saya ni dah biasa guna GENESIS, kalau hilang sabar, layan je In Theater tu. Takde HD pun belasah je.

Comments