Stream Percuma Tak Semestinya Percuma

Tajuk Gempak sikit. Lepas selesai tengok IP Man 3, akhirnya dalam hati. Keluar juga HD. Lama betul tunggu. Sebelum ni, harapkan CAM dari Vietnam dia keluar. Rakam tepi pula tu. Haishh..


Pernah tak anda terfikir bahawa, anda santai-santai tengok IP Man 3, tapi disebalik datangnya movie ni ke Kodi anda. Ramai orang yang menjayakan misi ini. Anda patut berterima kasih kepada mereka-mereka ini sebab luangkan masa, tenaga, dan duit sekali. Kita bayar internet, tapi depa bayar masa dan wang. Ok kita pergi kat satu persatu. Kalau ada missing tu boleh tambah kat komen.

Eh, hampa baca ke post panjang-panjang ni? Lantak lah..

1. KODI
Well, media center ni banyak sebenarnya. Microsoft pun ada media center dia sendri. Tapi, team XMBC or KODI ni buatkan KODI ni sungguh simple, intrative, mudah, best, sedap dan menarik. Pastinya percuma. Tapi nak bangunkan ni pakai kos juga. Sebab dia nak test dengan semua device. Tapi tak pe la. Ada foundation, device-device pun dah pre-install KODI ni. Bahan pelaris lah ni. So, ada lah income untuk diorang.



2. Add-On
Kalau ada KODI je, takdak guna juga. Sebab kita terpaksa buat manual. Bina library sendiri. Download sendiri. Kemudian tengok. So, developer Add-On ni kita kena terima kasih. Bukan senang nak set-up add-on yang sedap memandang dan dapat resolve URL untuk stream.

Kebanyakkan developer akan guna webserver sendiri walaupun diorang cakap source dari tempat lain. Memang dari web lain yang supply free movie. Tapi, untuk memastikan add-on dalam keadaan kemas. Ikut kategori yang ditetapkan. Developer 'terpaksa' guna hosting sendiri untuk update database movie-movie dari web lain. Sebab web sekarang ni complex. Baik buat guna hosting sendiri list folder/sub-folder tersusun rapi.

Ini kos ni, hosting, database semua tu. Pakai duit. So, terima kasih kepada mereka sebab diorang keluar duit untuk kepuasan. Korang pulak puas kat rumah sebab senang akses.


So, pahamlah kan sebab apa developer senang-senang tinggalkan kerja diorang walaupun dah sukses. Kalau beribu orang akses dalam satu-satu masa, dah berapa banyak bandwidth hosting tu guna.  Last-last terpaksa tutup je lah.

3. Subtitle
Tengok cerita ni takdak subtitle memang tak best. Paling kesian yang ada anak kecik ni. Dia buka slow-slow, tapi pahamlah, sound effect mesti kuat daripada suara. Lagi mudah kalau ada subtitle bila tengok cerita nak mudah paham. So, ramailah kita kenal group/user yang buat subtitle secara percuma. Kalau melayu, Apiq Ader, MSC, kalau Indonesia IDFL, kalau yang lain tu boleh try la. kadang-kadang berterabur juga.

Aku sendiri buat subtitle untuk bini. Sebab dia nak tengok premier The Walking Dead tu. Cerita 40minit je. Amik masa 3 jam untuk selesaikan sebab nak pastikan istilah-istilah yang digunakan bertepatan. Kalau movie tu, dah sembang banyak. Lagi lama masa nak ambil. Cuma orang ambil mudah je, google translate terus. Tu kita dapat subtitle hentah apa-apa.

Bila dapat subtitle berkualiti setaraf dengan tengok kat TV tu, kita patut berterima kasih sebab diorang sanggup habiskan masa terluang untuk buatkan subtitle.

Belum lagi source movie tu. Tukang upload, pemilik asal web masa dishare  movie ni.

So, aku ucapkan terima kasih kepad semua di atas sebab menjadikan rumah ku tempat lepak ipar duai pada hujung minggu sebab nak layan movie. Thanks to Malay Online Movie sebab ada cerita hantu indonesia. Semangat depa nak mai umah lagi hujung minggu ni.

So boleh dirumuskan juga, KODI mengeratkan silaturahim.. haha.. Dapat solat berjemaah kat rumah ramai-ramai.


Comments

Post a Comment