Lepas MOV, Sekarang m3u dan EPG

Lepas keluar dengan Malay Online Video (sekarang pun banyak bahan-bahan baru nak ditambah dan sedang bertambah). Master Frodo bermurah hati untuk berkongsi m3u list (Ini senarai IPTV). Nanti saya akan buat tutorial mudah guma PVR IPTV Simple Client. Memang simple pun.

Tambah pula ada EPG seminggu dari beliau. Lagilah macam @stro. Wow. Saya pun plan nak push semua update dari beliau ke satu server. So kat situ akan ada

1. Updated m3u list dari beliau
2. Updated EPG dari beliau
3. Channels Logos

Tiga benda ni letak dalam add-on anda. Pergh, semua lengkap.

Tapi nak menggalakkan orang menderma ke MOV. Saya rasa, hanya penderma sahaja boleh dapatkan link tersebut. Penderma tak perlu risau-risau nak download dan override file. Just, auto update dari server sahaja. Lagi mudah kan?

Tunggukan post terbaru dari saya. Lepas rundingan dengan beliau. Sebab ini bukan hasil kerja saya. Saya tak boleh suka-suki letak hasil orang kat sini melainkan memang mereka sendiri sebarkan.

Anda tak perlu derma kepada saya untuk kos server or hosting ini sebab ini adalah hosting peribadi saya yang saya dah bayar secara tahunan tetapi masih belum ada projek terbaru untuk dilaksanakan.

Biar kita guna sampai habis bandwidth..

Comments