Terima Kasih Semua!

Merujuk pada post saya yang sebelum ini. Malay Online Video Perlu Bantuan

Ramai yang komen, yang direct guna Contact di bawah pun ramai juga. Memang user KODI Malaysia sporting habis. Membuktikan kita boleh je bayar untuk semua servis tu, asalkan berbaloi dan kita sendiri rasa puas hati.

Maksudnya, Malay Online Video ni buatkan anda puas hati! Saya sendiri puas hati sebab library dia lengkap dengan cerita Indonesia. Tengok pada senarai pengunjung pun, ramai juga dari Indonesia yang dahagakan koleksi cerita tempatan.

Kalau saya jadi developer pun kompom bersemangat nak hasilkan lagi banyak tambah nilai lain lagi. Sebabnya nak hasilkan pun senang (tak lah sesenang petik jari tu) tapi nak kekalkan tu yang susah. Pasti pelbagai cabaran yang timbul. Biasanya masa dan wang.

Saya sendiri nak sediakan tutorial pun tak cukup masa, terutama tutorial pasal add-on terbaru dalam bahasa Melayu.

p/s : kalau anda perasan movie melayu tak de update. Bukan tak update. Tapi tak ada cerita Melayu.. Tunggu jelah..



Comments

  1. Malays Video Online ni ada problem ke skrg? Dah xboleh nak buka.

    ReplyDelete
  2. Mcm mana nk dpt channel @stro kt android box ek...
    Ada sape2 boleh bantu

    ReplyDelete

Post a Comment