YouTubers Killed TV Time (and Are Slowly Killing Kodi Too)

Ini posting bukan pasal dalam English. Tapi aku tertarik dengan artikel dari TVaddons.ag (sini). Youtuber (orang yang ada akaun youtube dan upload video di youtube lah maksudnya) membunuh TV Time (add-on Kodi) dan mungkin perlahan-lahan bunuh Kodi.

Dia menyentuh tentang publicity yang tak sepatutnya dilakukan di Youtube. Iaitu, pemilik video bukan sahaja menerangkan tentang add-on tersebut tetapi secara terang menunjukkan isi kandung sesuatu add-on tersebut.

Jadi secara tidak langsung, lebih mendedahkan add-on tersebut ke syarikat besar atau pemilik content tersebut. Walaupun Kodi ini adalah Media Center. Tetapi mungkin akan memberi gambaran buruk bahawa Kodi boleh dianggap menjurus kepada perlakuan menyebaran hak cipta. Macam tu lah lebih kurang.

Artikel itu setidaknya dapat membantu aku untuk lebih berhati-hati dalam membuat sebaran maklumat atau tutorial. Ini bagi mengelak add-on tidak terlalu terdedah isi kandungnya. Kalau ada yang terlalu nampak sangat tu. Boleh lah bagitau ye. Aku delete sikit-sikit.




Comments

Post a Comment