TM Hypptv Box STB Update

Kecoh juga sejak dua menjak ni lepas ada info pasal force update dari TM untuk box putih. Setelah sekian lama, update yang diberikan amat-amat kecewa. Standard launcher TM ni dah remove Plays Store, beberapa APP standard, yang tinggal adalah Hypptv dan tambahan iFlix.

Oleh kerana saya ada 2 box putih di rumah. 1 box dah tersedia saya remove auto update link. Untuk box yang ke2 saya sengaja tak buang. Tapi saya dah siap-siap install Es Explorer, APKPure dan KODI.

Saya dapati tiada penghalang untuk install APK, cuma jadi masalah bila kita tiada Es Explorer kita tak ada fungsi downloader. Jika kita ada APKPure, anda dah boleh download app lain dengan mudah.

Lepas force update pada box ke2 saya ini. Wow, hebat juga. App ni semua tak hilang dan iFlix ditambah. Lebih menarik untuk firmware terbaru ini, anda tak perlu nak tukar-tukar connection. Sebab sedia maklum kalau anda pengguna Unifi, Hypptv hanya dapat ditonton dengan menggunakan port 4 (port yang telah diset untuk IPTV) dan port ini juga tak dapat nak menonton Kodi.

Firmware terbaru ini, anda dapat gunakan LAN (Wired) dan WIFI serentak. Iaitu, kalau capaian internet tak ada pada LAN, box automatik akan menggunakan WIFI. Jadi, saya dapat menonton HyppTv dan membuka KODI secara serentak.

Ujian ini akan dibuat lagi sekali untuk menentukan kesahihan pada firmware lama (box 1). Saya kan kemaskini pada post ini nanti.

Secara keseluruhan, box putih masih boleh berfungsi dengan baik. Ada pengguna FB berkongsi tentang fungsi ADB untuk membolehkan box putih yang dah update untuk membolehkan install APK. Saya akan cuba kongsikan setelah mencuba teknik ini.

Comments

Post a Comment