Mobile @ unifi : #Bebas



Ayat marketing mobile@unifi memang tak agak-agak. Amat menarik sekali. Tiada validity date. Wow. Selagi kita guna, selagi kita aktif. Kita boleh aktif. Jadi, tak macam prepaid lain yang walaupun kita aktif. Kita terpaksa maintain topup untuk 10 hari, 20 hari, 30 hari.

Kat sini saya dapat katakan. Kita top up apa yang kita guna. Wow, percuma 20GB LTE lagi untuk kali pertama. Simcard pun percuma. Cuma perlu dapatkan melalui App Store or Google Play download mobile @ unifi. Boleh dapatkan up to 5 simcard percuma. Tapi bayar kos pos RM10.60 (termasuk GST).

Saya claim 3 simcard sahaja untuk tengok sejauh mana jujurnya Unifi dalam menawarkan prepaid yang sungguh #bebas ini.

Ok, saya di Kuching. Line yang Unifi tumpang ni Celcom. Seperti dalam gambar atas, hampir keseluruhan Kuching adalah 4G.

Saya cuba pada kedua-dua handphone saya iaitu Huawei Y6 II dan Redmi Note. Rupanya cara reload macam ni.







Kita perlu reload wallet kita dahulu. Pastikan kita ada account balance.  Dari situ, baru kita boleh beli sama ada Data, Calls & SMS atau Roaming. Pakej yang ditawarkan pun ada tricky sikit sebab kalau kawasan kita 4G lemah atau tiada. Tak merasalah data 20GB tu. Pastinya, dapat 3G kita akan laju saja disedut.

Pastikan juga handphone tu memang boleh set 4G Only. Huawei saya tak dapat untuk 4G only. Sekadar preferred sahaja. H sahaja yang selalu dapat. Tak sesuai untuk guna prepaid ini.

Kesimpulan yang saya dapat ialah taklah bebas sangat pun. Dia masih bagi trik untuk kita beli pakej data. Dan pakej data pun berbelit-belit. Kalau tak nipu macam mana nak kaya!

Kita pengguna nak data. Bukan kuasa kita nak tentukan kawasan tersebut support LTE saja ke, 3G saja ke. Atau unifi ni nak kita baget-baget kot. Tengokk LTE nak habis, Kita tukar pula preferred network ke pada 3G. Kau fikir aku ada masa?

There are 4 types of data add-ons:
DATA ADD-ONSRMEXPIRY
8GB High Speed
(4GB LTE Only + 4GB 3G/LTE)
50No
4GB High Speed
(2GB LTE Only + 2GB 3G/LTE)
30No
2GB High Speed
(1GB LTE only + 1GB 3G/LTE)
15No
1GB Basic Data
(1GB 3G/LTE)
13No

Ini kalau nak bergayut. Beli asing-asing

There are 2 types of add-on available for Calls & SMS:
Calls & SMS add-onsRMExpiry
200 mins + 200 SMS30No
60 mins + 60 SMS10No
It will be deducted based on 60 seconds block.
 Yelah, kalau tak berbelit taklah namanya TM kan. If ada 1 juta pengguna 1 Malaysia, boleh kata ada 1 juta jenis bayaran yang ada untuk pakej yang sama. Sorang bayar paling mahal, ada yang bayar paling murah tapi untuk speed yang sama. Nasib lah. Pengguna baru dapat diskaun macam-macam. Dah lama guna tu, tak rasa dia nak bagi diskaun. 

Sekian ulasan saya tentang mobile@unifi. #bebashotakmu!

Comments

  1. Wlaupon dh hbis pakai data 20gb percuma tu..
    Masih dpt hack tanpa apa2 data..
    Terbaiklah unifi..pakai smpai mmpos percuma dgn app hack

    ReplyDelete
  2. Hanya On Data dan hack trus dpt internet..kalau xpakai app hack ni smpai kiamat pon xda connection..

    ReplyDelete

Post a Comment