Sumokoin Easy Miner - Senangnya jadi Pelombong

Paling mudah sekali untuk mining cryto dengan gunakan Sumokoin Easy Miner. Tapi terhad untuk CPU 64bit sahaja ya.

Oleh kerana mining Bitcoin menjadi lebih susah. Kita beralih kepada altcoin atau crypto yang lain. Sekarang antara crypto yang memberi pulangan baik adalah XMR atau Monero. Tahap difficulty pun masih rendah, oleh itu kita boleh mining guna kuasa CPU sahaja. Ya betul, guna PC atau guna Android!

1 XMR = 0.0274914 BTC atau RM1,072* Harga berubah-rubah.

Jangan risau, sebab sekarang ada pelbagai tempat exchange, jadi kita boleh je tukar dengan crypto yang lain untuk buat simpanan masa depan. Tapi Monero ni pun dah semakin naik sebenarnya. Antara yang cepat mendapat perhatian. So, tak terlambat untuk kita join club.

Perkara pertama sekali kita perlu ada  adalah wallet address. Inilah alamat atau bank akaun kita untuk kita terima bayaran. Kemudian, kita cuma perlu join pool atau lombong yang tersedia untuk kita sama-sama melombong bersama pelombong lain.

Mulakan mendaftar di MyMonero.com (ini adalah official dev e-wallet), sebenarnya kita boleh je generate alamat wallet sendiri secara offline. Iaitu simpanan dalam PC kita secara local.Tapi untuk beginner, dalam kita nak sync semua blockchain online. Better kita guna ewallet dahulu. Lama woo nak tunggu dia sync. (maklumat lanjut getmonero.org)

Bila kita Sign Up, dibahagian bawah akan keluar macam ni. Your Private Login Key ini adalah username anda. Tak perlu password. Hafal atau salin. Gunakan ini untuk akses akaun anda nanti. Copy paste login key tersebut dan klik I've written down my Private Login Key, log me in!

Dah masuk ke Overview, ini adalah Address wallet anda untuk anda terima bayaran crypto anda. panjang kan? Simpan dimana-mana mudah copy and paste. Sebab kita perlukan ini untuk kita terima bayaran nanti.


Bila kita pergi ke Receive juga, kita sendiri tengok beberapa maklumat tambahan untuk kita terima bayaran daripada orang lain. Simpan ini untuk rujukan dimasa hadapan. Ok, akaun bank dah ada. Jom kita dapatkan tools dan lombong!


Tutorial ini untuk mereka yang PC 64bit ya. Saya akan bagi pilihan lain sekiranya PC anda tidak dapat mining guna miner ini pada post yang lain.

Dapatkan Sumokoin Easy Miner di sini BitcoinTalk.org

Install dan Run


Kita boleh + Add Pool satu je dia bagi. Tapi tak apa lah. Nama pun easy. So, kita just buat simple mining saja dulu. So, kita klik pada Action. Klik Edit.



So kita masukkan maklumat wallet kita dan pool kita. Saya guna supportxmr.com untuk pool.

Hashing Algo : Cryptonight

Pool Name : Apasaja Nama

URL/Port : pool.supportxmr.com:3333

Wallet Address : ini kita copy paste hash address yang kita daftar di mymonero

Password : Letak je nama apa sahaja.. Contohnya pcOpis. Sebab pool ini tak perlukan password. So, password ini akan detect sebagai worker.

So, Anggap sahaja worker = 1 miner = pc

Dah siap, Ok dan Start

Kalau anda perasan ada under Threads tu. Ikut jenis CPU, ada yang 2 sahaja. Ada yang sampai 8. Or ada yang 4 sahaja. Ini adalah kiraan kuasa CPU. If nak guna maksimum. Letak maksimum. So, CPU anda bekerja. Anda biarkan sahaja. Kalau tak, boleh hang pula kalau buat kerja lain. Tapi boleh juga set pada priority  Low. So, if tak ada apa-apa kerja. Miner akan run full swing. So set 75% saja.

Macam mana kita nak tahu yang kita ni sedang melombong di lombong tadi dan hasil apa yang kita dapat?

So, kita pergi ke laman pool tadi. https://supportxmr.com/



Sini muka utama dia. Dapat tengok maklumat tentang pool server kita. Klik pada Dashboard dan masukkan alamat wallet kita tadi di bawah sekali..


Akhir sekali, dapatlah kita tengok hasil lombongan kita secara live.


Nah, anda sekarang ada pelombong.

Kenapa ada Total Due. Ok, setiap pool ada dia punya polisi untuk payment. Dan ada juga caj dikenakan. Ini adalah syarat payment untuk pool ini.


By default 0.3 XMR baru dapat bayaran. So, tunggu jelah hari gajinya nanti. hahaha..

Mana-mana pool akan ada info address pool dan port yang disediakan mengikut tahap difficulty yang sesuai untuk hardware anda. Ini adalah contoh bagi supportxmr. Klik pada Getting Started


Jadi, pilih port ikut hardware anda. Saya akan pilih Low end. Sebab saya ni nak percuma sahaja.

Selesai tutorial untuk jadi mining secara percuma.

**Misi saya ialah, dapatkan XMR untuk ditukarkan kepada BitCoin!

Comments