Android: Task Killers adalah apps yang sia-sia




Ada berpendapat sekiranya kita gunakan Task Killers, kita akan mendapatkan kembali RAM android kita dan ini tak langsung melajukan kembali aplikasi kita dan jimatkan penggunaan bateri. Tetapi sebenarnya tidak!

Telefon pintar anda sebenarnya tidak perlukan pun. Bahkan boleh merosak prestasi telefon anda.

Apa itu RAM?

Random Access Memory - iaitu memori ini di akses secara rawak dan sementara. Mana-mana sistem sama ada telefon atau komputer, RAM digunakan untuk menyimpan memori aplikasi yang sedang digunakan. Ini dapat memastikan aplikasi ini dapat dibuka dan ditutup tanpa perlu muat semula.

RAM juga volatile - iaitu tidak tetap. Sekiranya anda tutup telefon. Memori ini akan hilang. Berbanding dengan memori kekal, semua yang disimpan akan kekal di simpan walaupun selepas boot semula.

Bagaimana Android guna RAM?

Android menggunakan prinsip seperti Linux. Iaitu "RAM yang tidak digunakan ialah pembaziran RAM." Ini kerana kernel Linux akan gunakan RAM yang ada untuk tujuan cache dan ini memberi prestasi yang lancar pada sistem.

Secara mudah, RAM di Android anda akan digunakan untuk aplikasi yang sedang anda guna atau setelah anda tutup. Sekiranya anda buka aplikasi baru dan perlukan ruangan yang lebih, aplikasi lama tadi akan digantikan. Ini yang membuatkan pertukaran antara aplikasi menjadi lebih pantas.

Sebagai contoh, sekiranya RAM anda adalah 4GB. Setiap aplikasi dianggarkan akan menggunakan memori sebanyak 500mb. Maka, secara kasarnya, telefon anda dapat menampung 8 aplikasi secara serentak!

Sebagai contoh, 8 aplikasi ini adalah aplikasi kesukaan anda. Walaupun setelah 30 minit anda tinggalkan fon anda, anda masih dapat buka aplikasi tersebut secara pantas tanpa perlu load semula. Namun, jika anda buka aplikasi baru, ianya akan gantikan salah satu dalam 8 ini. Biasanya yang paling lama anda tidak buka.

Jadi, Task Killers buat apa?

Task Killers akan membantu anda untuk menghapuskan kesemua 8 aplikasi ini dan lebih buruk aplikasi lain yang anda perlukan untuk operasi secara senyap. Ini secara tak langsung, setelah anda tutup semua aplikas ini. Aplikasi yang perlu berjalan secara senyap (background) terpaksa load semula.

Sepatutnya menjimatkan RAM, sebenarnya anda mendesak fon anda kembali bekerja semula. Android akan kembali load aplikasi-aplikasi penting ini. Buang masa anda, buang tenaga fon anda.

Paling teruk, Task Killers ini akan bekerja secara senyap dibelakang (background) dan akan terus membuang aplikasi untuk anda mengikut jadual. Ini sebenarnya lebih membazir bateri.

Comments