K-Movie: Guimoon: The Lightless Door (2021)

 

 
Guimoon: The Lightless Door (2021)
25 Ogos 2021 (Korea)

Akan datang filem seram misteri korea arahan Shim Deok-geun Guimoon: The Lightless Door ialah menjadi filem korea pertama ditayangkan dalam 3 versi berbeza secara serentak! 2D, Screen X dan 4DX.

Dia nak penonton rasa sendiri berada dalam pusat latihan tersebut bukannya sekadar penonton. Teknologi Screen X ialah penonton akan ada feel panorama sebab bukan ja kat depan tapi meliputi dinding tepi screen.

Filem ni berkisar pengurus bangunan bunuh pengunjung dan diri sendiri pada tahun 199- di Pusat Latihan Guisar. Sejak tu, dok jadi bunuh diri dan pembunuhan sampai terpaksa tutup. 


Sampailah jadi bualan, sapa saja dah masuk ke pintu tu (gambar dalam poster) pasti tak boleh keluar balik.

Macam biasa, kalau tak jadi sesuatu pasti jadi filem. Katanya kalau tengok versi 4DX lebih seram dan menakutkan sebab teknologi 4DX buatkan penonton akan lebih feel apa berlaku dalam filem, kerusi bergerak, angin, hujan, kilat sampaikan hujan.

Salah satu hint yang diberikan untuk 4DX, penonton akan rasa darah menitis kat kepala dan lebih 20 lagi effect. Jangan sampai ada tangan yang menggagau kaki sudah!

Do-Jin (Kim Kang-Woo), mak dia mati masa buat upacara kat pusat Guisar tu. Dia pi sana nak cari jawapan. (Nak cari apa, dah tempat tu berhantu, mati sebab hantu lah). Sementara tu, ada 3 budak U pi sana sebab nak buat rakaman video masuk bertanding. Kalau depa tak buat benda mengarut mesti tak jadi cerita. Maka bermulalah episod seram...
 
 
 



Comments