Netflix: AWAKE

Dah ada akaun Netflix? Wow menarik!

Kali ini saya berkongsi cerita menarik iaitu AWAKE. Dah tonton? Maaf sekiranya apa yang ingin dikomen dalam coretan ini tiba-tiba ada spoiler! Lakonan Gina Rodriguez (bekas tentera kecanduan ubat - cun pula kerja bawa pakar psikologi boleh dia cilok ubat (side income))

Kisah ini mudah. Kisah sesuatu yang tak dapat dijelaskan berlaku. Secara tiba-tiba dunia seperti di reset semula. Kali ini, semua sistem elektronik tidak berfungsi! Kereta, alatan, kapal terbang apatah lagi telefon bimbit. Tapi kenderaan tentera berfungsi. Iaitu kenderaan yang tidak menggunakan apa-apa teknologi cip.

Dunia panik, orang yang koma pun terbangun. Rupa-rupanya semuanya kena fenomena yang manusia tak dapat tidur. Nak paksa tidur pun tak boleh. Sehari dua ok. Dah masuk hari ke tiga, memang badan dah out. Mental dah down. Manusia jadi gila. Bergantung pada dadah untuk kekal cerdas. 

Doktor yang nak mengkaji kes ini pun jadi gila. Macam mana-mana cerita. Pasti akan watak hero. Kali ini tertumpu kepada 3 beranak. Masa kekecohan kereta mereka terbabas dan masuk dalam air. Anak perempuannya lemas tapi diselamatkan oleh polis. Nak jadi cerita, anak dia pula boleh tidur. Kajian lanjut perlu buat.

Nak akhir cerita depa dapat solusi. Rupanya, seseorang perlu mati dahulu baru akan selamat daripada bencana ni. Kemudiannya nak selamatkan maknya. Depa adik beradik nak lemaskan maknya. Kat sini nampak sangat nak buat berdebar-debar kononnya. Macam mana nak pastikan timing maknya betul-betul lemas lepas tu selamatkan balik. 

Last sekali dapat tengok dia buat konsep pembabtisan di sungai. Jadi kelahiran semula setelah mencuci dosa. 



Comments