Netflix: Love (ft. Marriage & Divorce)

 


Musim pertama siri ini disiarkan di TV Chosun bermula 23 Januari hingga 14 Mac dan seluruh siri ini tersedia di Netflix. Siri ke dua pula bermula pada 12 Jun hingga tamat pada 8 Ogos 2021.

Secara purata untuk musim ke dua, siri ini mendapat rating 16.58% untuk negara Korea. Ini kira tertinggi dalam sejarah tv kabel korea. Secara purata mendapat 1.954 juta tontonan untuk setiap episod. Terdapat 16 episod secara keseluruhannya.

Dibarisi pelakon tua kerana jalan cerita berkisar kisah perkahwinan pasangan berusia 30-an, 40-an dan 50-an. Pelakon untuk muda pun muka so-so saja.

Jalan cerita agak simple pasal pasangan yang bosan. Sorang bosan, sorang cuba terbaik. Then curang. Macam kisah-kisah kayu tiga lain. Cuma pendekatan tu macam tengok cerita Opah.

Sebab skrip digunakan tu dekat dengan penonton. Kata-kata padu untuk lawan balik hujah orang yang curang. Jadi boleh agak penonton jadi terpesona dengan tindakkan dilakukan macam apa yang penonton nak.

Nak jamu mata tu tak berapa sangatlah. Tapi jamu  cerita tu ok lah. Selamat melayan bersama isteri.

Comments