Netflix Offer Gaming Services Pula


 

Netflix umumkan untuk tambah service tambahan iaitu 'game streaming' dalam platform depa. Ogos 2021, adalah pelancaran pertama Netflix Gaming di Poland, permainan mobil Two Stranger Thing.

Hari ini (29 September 2021) Netflix umum ambi alih syarikat permainan video Night School Studio. Ini pembelian pertama dari syarikat strim gergasi tersebut.

Hasil dari ambil alih ni, ada 5 permainan mobil akan terbitkan untuk pasaran Eropah. Untuk yang tak tahu termasuk saya, Night School Studio ni terkenal dengan debut game 'Oxenfree'. Game mengisarkan remaja paranormal dengan soundtrack yang seram banget.

Pembelian dan penerokaan pasaran baru ni bertujuan untuk pelbagaikan sumber pendapatan Netflix. Sebab persaingan dalam strim online ni makin berkembang dan platform baru sentiasa muncul.
 

Jurucakap Night School Studio pula berkata; "Netflix bagi penggiat filem, TV dan sekarang pembuat game ruang untuk mencipta dan menyampaikan kepada jutaan manusia. Eksplorasi kami dalam naratif permainan dan sejarah Netflix dalam menyokong kepelbagaian penceritaan memberikan satu ikatan yang semulajadi."

Paling menarik, sebabnya Netflix mengamalkan konsep 'Syarikat 1 Produk'. Maksudnya kalau ada gaming service ni. Takkan ada langganan tambahan. Akan di letakkan terus bersama-sama perkhidmatan filem, rancangan tv, dokumentari dan permainan. Cuma harga naik sikit lagi kot.

Comments