APK Mod Streaming - Boleh percaya ke?


Sebelum ni kalau nak cari apps yang agak piracy kena rajin-rajin check forum. Cari dalam group-group. Tapi sekarang masa dah berubah. Hanya sedikit bayaran, kita dah boleh dapat apa yang kita hajati. Hanya pergi ke Shopee.

Masa zaman IPTV mula berkembang, dari aplikasi P2P kemudiannya DurianTV, MyIPTV (harga kayangan) dan seterusnya macam-macam aplikasi dah ada dipasaran. Itu belum cakap pasal KODI yang tawarkan repo-repo untuk stream live atau movie.

Lepas Netflix dapat diakses menggunakan IP Malaysia. Penggemar hiburan Malaysia dah boleh tarik nafas lega. Sebab dapat akses secara 'legal'. Walaupun akaun yang diperolehi bukan legal pun. Kerana akaun yang dikongsi. Kalau kongsi secara rela tu boleh terima. Tapi ada juga akaun yang diambil dari pasaran gelap dan dijual pada harga murah. 

Selain perkongsian akaun secara 'legal'. Sekarang sudah ada apps yang dimod secara tidak sah untuk dikongsi dengan pengguna. Caranya mudah walaupun prosesnya complicated. Sebabnya, Apps ni menggunakan akses pada akaun yang berbayar. Kemudiannya, apps ini ubah agar ramai user dapat berkongsi secara serentak. Paling menariknya, siap ada sistem voucher. Masukkan kod voucher untuk akses secara bulanan. Bunyi dah macam geng Republika. 

Harga yang ditawarkan memang jauh lebih murah. Tapi tak boleh kemaskini gunakan apps rasmi. Perlu tunggu update dari penjual dan selalu perlu update selalu. Pengguna kena bijak sikitlah. Kalau plan nak pasang untuk mak ayah dikampung rasanya, tak payah lah.

Tahap boleh kepercayaan tu bergantung kepada risiko yang sanggup kita ambil. Sebagai contoh, adakah RM10 tu kita sanggup leburkan? atau hanya RM5 sahaja. Cuma yang aku boleh rekomen, jangan nak percaya lifetime, unlimited, sepanjang hayat pada harga ratus-ratus. Dah nama pun illegal. Bila-bila masa boleh tutup. 

Aku rasa kagum dengan kemahiran sekarang, nilai sebuah hiburang boleh diadjust ikut kemampuan kita dan paling menarik sekali, dah tak perlu letih-letih nak setup itu ini. Semuanya betul-betul dihujung jari.

Comments