Cara kira pendapatan TikTok Gifts


Pastinya bila buka FB selalunya akan ada post pasal pengguna TikTok terkedu, tercengang, terkejut atau tergembira sebab terima gift. Bagi yang tak ada TikTok atau tak pernah kenal TikTok mungkin tak faham macam mana berfungsinya sistem gift ni. Ini sebabnya ini bukalah sebarang hadiah, hadiah yang boleh ditukar dengan wang.

Mulanya kita tengok macam mana urusan perniagaan di TikTok. Kalau nak dapatkan Gift, perlu miliki TikTok Coins dahulu. Nilai setiap Gift ditentukan mengikut coins. Secara purata lebih kurang RM0.049 untuk satu coin.

Lepas dah dapat coins barulah dapat beli gifts. Nilai Gift yang ada seperti berikut.

Panda – 5 Coins (RM0.245)

Italian Hands – 5 Coins (RM0.245)

Love Bang – 25 Coins (RM1.225)

Sun Cream – 50 Coins (RM2.45)

Rainbow Puke – 100 Coins (RM4.90)

Concert – 500 Coins (RM24.50)

I’m Very Rich – 1,000 Coins (RM49.00)

Drama Queen – 5,000 Coins (RM245.00)



Dengan nilai ini, setelah pengguna terima gifts dari follower (nak terima gift pun ada syarat. Atleast kena ada 100,000 follower baru dapat terima gift). Nilai gift yang diterima akan ditukarkan kepada baki Diamonds. Oleh sebab coins tak dapat tukar dengan duit balik atau dipindahkan. Coins > Gifts > Diamonds.

Nilai Diamonds pula adalah 50% daripada nilai coins yang diterima. Sebagai contoh:

Terima jumlah Drama Queen x 10 = 5,000 coins

Baki pada akaun penerima adallah 5,000 x 50% = 2,500 diamonds.

Setelah itu, nilai diamond ada pada kadar RM0.22/diamonds.

2,500 x RM0.22 = RM550

Oleh kerana syarat pengeluaran minimum adalah USD$100 atau RM444.90, so dapatlah keluarkan duit tersebut. Dalam tempoh 15 TikTok akan bayar melalui Paypal. Fee pula bergantung pada Paypal.



Had pengeluaran pula USD$1000 atau RM4,449 seminggu.

Sekarang dah pahamlah ye macam mana gifts berfungsi. Yang paling untung adalah TikTok sebab dia makan 50% dari setiap transaksi. Geng nak cuci duit tu kena fikir lagilah kot.



Comments