Locke and Key Season 3 is Coming

 


Akhirnya, Locke and Key akan ditamatkan dengan tersiarnya musim akhir. Dijadualkan 10 Ogos 2022 di Netflix. Cerita ni pada musim pertama best sebenarnya. Sesuai untuk kanak-kanak.

Bermula dengan satu keluarga yang kematian bapa, mak terpaksa balik kampung si bapa dan duduk di rumah lama. Punyalah kaya datuk dia, rumah punya besar. Bermulalah pengembaraan depa. Dari kisah nenek moyang, rupanya ada rahsia tersembunyi. Setiap kali anak bongsu teroka. Dia akan terjumpa anak kunci. Anak kunci ni ada kuasa tersendiri. Boleh buka ke dimensi lain atau pergi ke tempat lain. Dah macam Doraemon pun ada.

Hanya depa yang umur 18 tahun ke bawah saja dapat ingat magik kunci ni. Tapi umur 18 tahun akan terlupa. Walaupun dah alami depan mata. Macam biasa, adalah makhluknya nak ambil alih kuasa kunci ni.

Bila masuk musim dua, dah kurang menarik. Sebab babak adik bongsu (Bode) yang buatkan cerita ni menarik sebab dia saja dok jumpa kunci. Kunci dok bisik kat telingat dia. Cari aku.. cari aku..

Bila part kakak dan abang dia. Dah tak berapa nak best sebab depa dok nak bercinta dan bercium. Hilang mood tengok cerita ni sekejap. Mak dia pun sama juga, pulun nak cium. Kalau tak ada idea, jangan buat cerita.

Harap musim ke tiga bagi penjelasan jelas tentang kunci dan makhluk jahat ni. Banyakkan teroka kunci bukan teroka mulut pasangan masing-masing.

Comments