Kalau ada 1GB Data, apa yang kita mampu buat?

Syarikat telco selalunya akan datangkan pakej-pakej yang sebenarnya memenangkan pihak mereka sendiri. Sebab tu kalau buat survey mana yang terbaik. Amatlah susah sekali. Cuma yang boleh ialah apa yang kita perlukan dan sesuatu yang kita perlu korbankan. Apabila pakej melibatkan kuota data. Amat berat bagi kita untuk pilih, perlu banyak atau sikit.

Bayangkan kalau sehari anda diberikan 1GB data, Adakah cukup untuk anda walaupun by total 30GB data sebulan. Tapi kalau telco buat taik, pakej sehari 1GB speed penuh. Agak-agaknya boleh tak kita survice untuk sebulan. Pastinya data ni tak dapat bawa ke hadapan.

Kemampuan 1GB Data

1GB data sama dengan 1,024 megabytes data. Kalau biasa dengan music atau mp3 bahasa biasanya. Quality audio diukur dengan kadar kilo bits persecond atau kbps. Aplikasi stream musik biasanya benarkan kita kurangkan quality audio dengan kurang kadar kbps. Lagi kurang kbps, maka file lebih ringan untuk dimuat turun dan dimainkan. Amat sesuai kalau dah la dapat ciput, line pula sibat. 

Biasanya kualiti tertinggi adalah antara 256kbps hingga 320kbps. Kalau dengan 1GB data, bilangan jam yang boleh dapat untuk dengar laju mengikut apps seperti berikut.

Apple Music 

Top streaming quality: 256 kbps
One hour of streaming eats through: 115.2 megabytes (MB) of data
Streaming time until 1 gigabyte (GB) of data is used: 8.7 hours

Spotify

Top streaming quality: 320 kbps
One hour of streaming eats through: 144MB
Streaming time until 1GB of data is used: 6.9 hours

Tidal

Top streaming quality: 320 kbps
One hour of streaming eats through: 144MB
Streaming time until 1GB of data is used: 6.9 hours 

So, kalau nak dengar lagu, sekali hadap lah 1GB tu sehari.

Sumber: trillist.com

Secara purata antara 6 hingga 9 jam audio dapat di stream mengikut kualiti yang kita tentukan.

Boleh layari laman mobile web 5 jam

Kalau takat check email, masuk laman web baca blog atau berita kita boleh habiskan 1GB data dalam masa 5 jam lebih kurang. Tapi kena ingat juga. Laman web sekarang dia punya iklan dah makin canggih. Siap mainkan video background lagi. Lagi banyak multimedia atau gambar, makin cepatlah 1GB data akan habis.

Stream Video HD 30 minit

Video paling cepat makan data. Jika menonton pada kualiti HD (720p), hanya dalam masa 30 minit, dah pun habis 1GB. Tapi sekiranya direndahkan kualiti kepada SD (kurang daripada 720p), atleast boleh tonton sehingga 2 jam. 4K jangan cakaplah, 8 minit dah setel.

Mobile Gaming 5 jam

Bergantung kepaada keperluan game. Sekiranya hanya main secara online tanpa perlu download patch atau update, game online dapat dimainkan sehingga 5 jam. Jadi, untuk 1GB data ada dua, sama ada bateri yang habis dulu atau data yang habis dulu.

1GB cukup tak?

Masih juga bergantung kepada keperluan kita. Sekiranya anda adalah traveller dan data 1GB cukup mahal di sesetengah tempat. Sebenarnya untuk sekadar berhubung, sudah cukup. Tapi kena lakukan langkah-langkah penjimatan dengan menghadkan download data seperti gamber dan video dan hadkan kemaskini fon hanya sekiranya connect kepada Wifi sahaja. 

Secara tak langsung data 1GB dapat dijimatkan.  


Comments