Kereta Elektrik - Perbezaan Pengecasan Level 1, Level 2 dan Level 3


Kereta elektrik taklah popular di Malaysia. Negara yang kaya dengan minyak petrol dan minyak petrol lebih murah daripada minyak masak (RON95), tak terasa sangat kalau tak guna kereta elektrik. Tapi ini tak bermakna kita tak perlu ambil tahu tentang kereta elektrik. Suatu masa nanti, bila fasiliti dan makin lengkap, keperluan untuk miliki kereta elektrik dah lebih daripada miliki kereta hibrid.

Kereta elektrik mempunya 3 level berbeza dalam pengecasan bateri. Sama seperti fon sedia ada. Ada fast charging, ada super fast charging. Setiap level ada pro dan cotra. 

Pengecasan Level 1

Standard Amerika, ialah 120V, kalau Malaysia 220V - 240V. Level ni ikut standard Amerika dan dibekalkan dengan adapter dari kilang kereta sendiri. Terus cucuk saja untuk caj. Jadi, beli saja kereta, boleh bawa balik rumah dan cucuk saja plug untuk caj kereta.

Tapi kadar pengecasan adalah perlahan iaitu hanya 5 batu (1.6km) sejam,. Kalau jam 6 balik kerja dan terus caj. Besok pagi nak p kerja dah dapat lebih kurang 60 batu (80km). Kuranganya slow charging tapi yang baiknya, dapat menjaga bateri dari cepat merosot. Dah sampai opis, sambung cucuk kat opis pula.

Pengecasan Level 2

Level 2 adalah sesuai untuk Malaysia sebab volt untuk charging adalah 240V. Untuk orang Amerika, depa kena tukar adapter kat rumah. Tapi untuk orang Malaysia, ini adalah kelebihan. Tinggal plug saja. Sesuai sangat untuk rakyat Malaysia dalam menempuh jem dan perjalanan jauh. Pengecasan lebih pantas dan mampu memberi pengecasan penuh pada bateri.

Kelemahan adalah bateri lebih cepat merosot sebab ikutkan life cycle bateri, setiap pengecasan penuh akan mengurangkan jangka hayat bateri.  

Pengecasan Level 3

Level 3 ni juga dikenali sebagai DC Fast Charging. Paling laju untuk caj kereta. Memang sesuai sangat yang perlukan on the go. Banyak di atas jalan. Untuk Hyundai IONIQ 5, hanya 18 minit, bateri dari 10% dapat dapat sampai 80% kapasiti bateri. 

Cuma, kelajuan ultra ni biasanya ditawarkan hanya di tempat caj awam saja (biasanya kena bayar lah). Sebab kalau nak buat kat rumah, kena ada pemasangan khas di rumah. Dikatakan, lebih ekonomi caj dipengecasan luar daripada caj kat rumah. 

Lagipun kebannyakkan pengeluar kereta menawarkan pakej pengecasan percuma untuk tempoh setahun atau dua di tempat-tempat terpilih.So tak ada masalah sangat nak caj kereta. Tapi boringlah kan dok lama-lama kat luar. Unless di kedai makan.

Sekarang bolehlah buat pilihan kereta mana yang sesuai untuk kita. Nak L1, L2 atau L3. Tak lama nanti kereta elektrik akan jadi perkara yang common di Malaysia. Kurang-kurang, moto elektrik lah bagi banyak sikit. Dari singah-singgah isi minyak, better caj saja. Kurang bising sikit.Aku pun tak sabar nak convert EGO S aku guna bateri.

Comments