Alice in Borderland Musim 2 (Netflix)

Pastinya peminat Alice in Borderland tak sabar nak lihat kesudahan dan penjelasan mengenai dunia Borderland yang sebenarnya mereka berjuang sekarang. Musim kali ini, penceritaan semakin padat (untuk beberapa siri permainan) ada juga lebih kepada perbualan tentang konsep dan matlamat hidup.

Episod pertama dimulakan dengan pembunuhan besar-besaran dan diberi gambaran pemain tak sabar nak tamatkan permainan kerana hanya tinggal beberapa sahaja lagi daun terup. Musim kali ini juga masih memaparkan beberapa watak yang lama dan reunion daripada beberapa mereka yang terselamat daripada Beach.

Arisu masih ingin mencari jawapan adakah dengan selesaikan semua permainan, mereka boleh balik di dunia asal. Tapi semua game host tak ada jawapan langsung, minta cari sendiri. Itu yang buat penonton tertanya-tanya dan proceed ke episod seterusnya. 

Episod dua dan tiga diselitkan dengan permainan yang agak panjang. Iaitu menentang kumpulan Band. Disajikan punggung Kyuma yang tak berbogel sepanjang masa. Kamera trik yang sengaja dibuat-buat agar tak nampak burung Kyuma hanya punggung diberikan dengan jelas dan sentiasa mengganggu mata penonton. Tak lupa juga Kuina yang hanya berbra sepanjang musim. Betul-betul mengganggu penonton.

Bestnya game ini tak ganas. Hanya kumpul mata di antara kumpulan dan tak perlu nak gaduh-gaduh. Tiada kekasaran sangat.  Kyuma macam ada jawapan untuk Arisu. Tapi last-last tak ada pula.

Kalau tengok dari segi kebaikan musim ni. Kebanyakan pemain adalah mereka yang rasa diri terpinggir daripada dunia sebenar dan sering nak salahkan dunia sebenar yang menyisihkan mereka. Tapi dalam masa yang sama, kesalahan sebenarnya terketak kepada diri mereka sendiri. Sikap sendiri yang tak harga orang sekeliling.

Mungkin pengarah dah bosan dengan sikap mereka yang suka dok sorang-sorang jadi dia nak gambarkan yang semua orang masih ambil berat. Ambil contoh, Arisu yang dok main game saja kerjanya. Dan tak ada kerja Kawan-kawannya yang dah mati awal bekerja.

Episod last (spoiler) menceritakan kemungkinan dunia Borderland. Tak lupa juga nak bagitahu yang mereka di Borderland seringkali ulang-ulang kami adalah warga/rakyat. Macam nak bagi tahu, sebenarnya mereka yang dah lama (game host) adalah warganegara. Pemain yang hanya mampu hidup masa singkat dan perlu reneew Visa adalah pendatang.

 

Bila Arisu berjaya jumpa ketua last (Queen of Heart). Pengarah lengah-lengahkan masa dengan benarkan Arisu melayan perasaan dan melemahkan diri. Bijak betul, Mira mainkan emosi penonton. Macam-macam konsep kemungkinan dunia mereka. Then akhirnya terjawab.

Borderland adalah dunia antara hidup dan mati. Sebenarnya meteor jatuh ke Shibuya dan ramai yang terkorban. Mereka yang tak dapat bertarung hidup atau ingin kekal sebagai warganegara (menerima untuk jadi warganegara) mati di dunia sebenar. Mereka yang menolak hidup kembali.

Akhirnya mereka semua hidup dan kembali ke dunia sebenar dan mula menghargai orang sekeliling dan sayang menyayang.

Comments