Free Shipping Shopee yang tak berapa nak free


Seperti tajuk di atas, Shopee secara diam-diam menukar polisi dan kelebihan yang ada padanya. Biarkan kita sendiri yang perasan. Bagi pengguna tegar Shopee mungkin dah perasan lama. Tapi untuk mereka yang buka Shopee hanya untuk tujuan tertentu mungkin tak perasan.

Sebelum ini, Shopee membenarkan pengguna untuk menggabungkan voucher Free Shipping dan Voucher Coins serentak. Maksudnya, dah la dapat diskaun penghantaran, dapat pula cash back dalam bentuk coin. Tapi sekarang, dah tak boleh main gabung, kena pilih salah satu sahaja.

Free Shipping guna terikat dengan beberapa kriteria. Iaitu, tempoh masa yang terhad atau tempoh masa tertentu. Sebagai contoh, Free Shipping ada tarikh luput, guna sebelum tarikh diberikan. Ada juga Free Shipping yang hadkan pada masa tertentu. Hanya dapat guna dari jam 12.00 pm hingga 2.00 pm sahaja.

Pengguna juga tak boleh memilih kurier yang bakal berkhidmat untuk kita. Shopee sendiri akan pilih mengikut kesesuaian dan kawasan. Cuma ada pilihan Standard Delivery dan Economy Delivery (Sea Shipping) ini memang lambat yang amat untuk pengguna dari Sabah Sarawak.


 

Jika sebelum ini kita dapat manfaat sepenuhnya Free Shipping dengan gunakan sehingga tujuh (7) store berbeza, tapi kini, hanya limit kepada tiga (3) store sahaja. Nilai subsidi pun telah dikurangkan. Untuk betul-betul mendapat Free Shipping ialah pembelian dari luar negara. Mahal pula kos pos dalam negara ye? Abis tu, yang hantar dari hub ke rumah ni guna khidmat apa?


 

Ini ditambahkan lagi mulai 10 Januari 2023, jumlah komisen yang dikenakan Shopee kepada peniaga telah dinaikkan kepada  4.24% kepada peniaga yang telah lengkapkan 100 jualan. Tetapi, untuk peniaga bawah 100 jualan, boleh diterima.

Tetapi Shopee tetap antara pilihan untuk membeli-belah bila mana Shopee Internatioan Platform (SIP) telah membuka banyak Seller dari negara luar untuk menjual merentas global. Sebagai contoh, bukan hanya ada peniaga dari China, terdapat juga Vietnam, Indonesia, Korea


Comments