Game di Android Box

 


Kalau nak cari android box yang betul-betul support untuk gaming. Pastinya di web akan cadangkan Nvidia Shield TV Pro 4K. Harga pun agak menarik iaitu pada harga RM1k. Tapi sekiranya anda seorang yang tak kisah untuk main game lama-lama dan sekadar hiburan keluarga. Mungkin boleh fikirkan untuk mainkan game retro.

https://shope.ee/2KzbYWcbCq https://shope.ee/2KzbYWcbCq

Android box ini taklah spec yang tinggi dan tak juga Google Certified. Tapi masih boleh dapat dua dalam 1 iaitu permainan game dan menonton tv. Pastinya anda perlukan IPTV yang semakin banyak diluar sana.

Harga bermula RM160 (boleh dikatakan telah distandardkan harga) mengikut saiz memori card yang disediakan. Bermula dari 32GB (10k game) atau lebih besar lagi sehingga 256GB (50k game).

Sebenarnya ini adalah Android Box biasa (tentunya chipset yang support) menggunakan opensource game emulator untuk mainkan game-game lama seperti Nintendo, Gameboy, PS1, Sega, Mame dan lain-lain lagi. Boleh je buat sendiri atau tak nak pening kepala, beli saja satu. Sebab nya, joystick wireless dua bijik diberi sekali.

Kita juga boleh buat pilihan untuk lebih murah iaitu hanya game stick sahaja. harganya bawah RM100. Tentunya jangan nak komplen tentang 'hang' tak stabil dan grafik buruk. Ingatlah ini adalah game lama. Game zaman dahulu.

Kalau nak tahu lanjut boleh tengok video bro ni. Simple saja video dia. Tapi boleh tengok lah macam mana rupa android box game ni.




Comments