MySpace: Bangkit dan Jatuhnya

Generasi Tiktok sekarang mungkin tak pernah kenal Myspace. Termasuklah bangsa twitter. Sampaikan ada pengguna twitter membayangkan personal page boleh mainkan lagu kegemaran sendiri. MySpace dah awal ada. Tak lupa juga Friendster ya.


Antara tahun 2005 hingga 2008, Myspace adalah sosial media atau dahulunya digelar sebagai rangkaian sosial (social networking) terbesar di dunia. Myspace seperti Facebook yang ada sekarang, semua golongan menggunakannya. Ruangan peribadi yang boleh diubah suai mengikut cita rasa memasing. Dapat letak muzik dan ekpresi emosi dapat dilakukan dari bentuk teks, gambar, audio dan animanasi.


Tahap kemuncaknya Myspace sehinggakan menjadi tempat paling kerap dilawati di internet sehingga dapat mengalahkan Yahoo! dan Google. Kebangkitan dan kejatuhan Myspace boleh dijadikan sebagai sumber sejarah bagaimana ruangan internet boleh sahaja memuncak sesuatu pada masa yang singkat dan jatuh mendadak secara pantas.

Sejarah Awal

Ditubuhkan oleh pada tahun 2003 apabila sebuah syarikat marketing ni melihat potensi web rangkaian sosial seperti Friendster yang telah awalnya wujud. Ambil masa hanya 10 hari, bersama Tom Anderson (presiden pertama), Brad Greenspan (pengasas eUniverse) dan Chris DeWolfe (CEO).

eUniverse sendiri sudah mempunyai pengkalan data pengguna hampir 20 juta membantu membuatkan Myspace mendapat perhatian dan popular dikalangan remaja (ketika itu) dan pengguna dewasa.

Oleh kerana ramai melihat potensi rangkaian sosial, Mark Zuckerberg juga tak ketinggalan untuk menghasilkan versinya iaitu Facebook. Pada Februari 2005, Mark pernah offer untuk jual Facebook kepada DeWolfe untuk nilai USD$25 juta. Tapi tawaran itu ditolak. Ini kerana Myspace tengah memuncak.

Kemuncak MySpace

Pada Julai 2005, Myspce dibeli oleh Rupert Murdoch pemilik syarikat media News Corporation untuk nilai USD$580 juta. Hanya setahun, nilai Myspace menjadi tiga kali ganda dari nilai belian awal.

Masa tempoh memuncak, pada Januari 2006, sehari sehingga 200,000 pengguna mendaftar sehari. Pada tahun 2007, pengguna bertambah sehingga 320,000 pengguna sehari.

Pada tahun 2006 juga melakarkan sejarah apabila Myspace mencapai 100 juta pengguna. Ini membuatkan Myspace menjadi lubuk untuk pengiklanan dan pelaburan. Sehinggakan Google sendiri membuat perjanjian bernilai USD$900 juta untuk tiga tahun sebab timbalan hak ekslusif untuk menyediakn enjin carian dan keputusan serta link berbayar di Myspace.

Kejatuhan MySpace

Tanda-tanda kejatuhan Myspace bermula pada 19 April 2008. Facebook telah mengambil alih ranking Alexa sebagai laman web paling kerap dikunjungi. Bermula pada saat itu, pengguna Mysapce berkuranganan dan menjadi makin perlahan berbanding tempoh yang sama sebelumnya.

Myspace sebenarnya tak mengalah. Pelbagai strategi dilakukan untuk memastikan kekal relevan sehinggakan Myspace fokus kepada muzik dan hiburan. Tetapi tetap gagal.



Bekas pekerja dan CEO Chris DeWolfe menyalahkan News Corporation yang terlalu memikirkan keuntungan dan sehingga lupa untuk memberikan pengalaman yang sebenar kepada pengguna. Yelah, pengguna Myspac makin hari makin bosan dengan atara muka yang terlalu 'meriah' dan penuh sajian iklan. Lagipun internet zaman tu tak lah laju mana. Tak ramai yang internet laju dan fiber macam sekarang.

Walaupun masih ada Myspace.com tapi tak macam dulu. Pada tahun 2019, pengguna sebulan hanya 9 juta sahaja. Paling sadis, oleh kerana masalah teknikal, semua kandungan yang telah dimuatnaik sebelum tahun 2015 telah hilang begitu saja. Menambahkan lagi parah kepada Myspace.

Sebenarnya suka juga, taklah kantoi mak ayah dulu upload ntah apa-apa di Myspace, kuranglah malu tu.





Comments