Sullu (2019) - Amazon Prime Video

Sullu (2019) mengisahkan seorang budak umur 9 tahun yang nakal. Jithu dimanjakan Mak dan berdepan dengan bapanya yang garang. Dia punya nakal tu memang betul-betul menguji keimanan jugalah.

Pada suatu hari, masa bermain sorok-sorok dengan sepupunya, dia terkunci di dalam almari. Almari yang besar dan keras. Kayu kualiti tinggi nampak gayanya. Keluarga sepupunya dia pula nak keluar dua hari. So, tak ada siapa perasan pun yang dia terkunci dalam almari dan rumah yang kosong.

Macam-macam usaha dia buat untuk keluar tapi tak berjaya. Masa ni lah yang Jithu teringat apa yang dia dah buat sebelum ni. 

Filem ni amatlah sesuai untuk ditonton bersama anak-anak. Sebabnya, dapat kita nasihat secara langsung. Setiap perilaku Jithu semua boleh kita tegur dan kesannya? Hahh kan terkunci baru lah nak teringat. Baru teringat makanan mak yang paling sedap, baru nak minum air bila dah tak ada air. Kesian maknya kena kutip beras berterabut. 

Tengok tu, hujan-hujan bapanya dan jiran keluar carinya merata. Walaupun bapanya garang tapi bapa nya nak nya berjaya. Sayang bapa Jithu, bercari merata-rata Jithu. 

Jangan nakal macam Jithu.Tak berkasut, tahu nak marah, rosakkan kereta orang sebab tak puas hati. Oh Jithu.

Comments