Sumpahan Jerunei (2023)



Filem kedua lepas tengok Tebus (2023) - Amazon Prime. Filem ni arahan Jason Chong juga. Apa yang pasti, jalan cerita filem ini memang menarik. Sama menarik jalan cerita Tebus. Sekiranya diberi bajet lebih, aku rasa, filem ini boleh jadi something.

Tak dinafikan CGI kalau tengok tu memang agak tak canggih sebab kita dah terbiasa disuap dengan CGI yang lebih halus. Tapi kesan khas ni dapat ditutup dengan jalan cerita dan konsep cerita.

Berbaloi untuk habiskan masa untuk tengok.

Kisah rakyat dijadikan sebagai latar sebagai alasan untuk membuat serangan. Masyarakat Malaysia boleh belajar tentang etnik lain yang ada di dalam negara dan kisah rakyat setempat yang menyeramkan.

Boleh tengok kat Netflix cerita ni.

Comments