The Sleeping Dictionary : Kisah Berdasarkan Tradisi Lama Iban (Ngayap)

 


The Sleeping Dictionary atau Kamus Tidur terbitan tahun 2003. Ini antara luar negara yang berlatarkan Malaysia atau lebih spesifik di Sarawak. Kisah berlatar belakangkan pemerintahan James Brooke sekitar tahun 1930an.



John Truscott datang ke Sarawak dengan misi untuk sambung apa yang bapa dia nak. Nak sekolahkan masyarakat Iban. Masa sampai tu, ketua dia Henry Bullard tawarkan gadis Iban, Selima (Jessica Alba) untuk jadi sebagai Kamus Tidur. Sebagai peneman dan mengajar bahasa Iban (tempatan) dan budaya tempatan. Kalau tak tahu, memang tak dapat nak komunikasi dengan masyarakat setempat.

Maka terjadilah kisah percintaan anda mereka berdua. Dia tak mahu terus mahu-mahu aja si Truscott ni.

Menarik disebalik kisah ini adalah budaya lama dari masyarakat Iban itu sendiri iaitu Ngayap. Tapi dah tak amal sekarang untuk menjaga maruah masyarat itu sendiri.

Ngayap ni adat yang membolehkan seorang laki dan perempuan berkenalan dahulu sebelum ke hubungan seterusnya.

Bila seorang lelaki terpikat dengan seorang gadis, dia akan ngayap gadis tersebut waktu malam. Dia akan menyelinap ke bilik gadis dan ajak keluar. Diorang akan dating sehingga subuh. Berbual, kenal-kenal dan terpulang kepada gadis tu nak benarkan ke batas seterusnya.

Tapi, ngayap ni tak boleh nak kerap-kerap, ada limitnya. Itu bukan dah tahap nak berkenalan dah. Laki ni boleh kena denda. Kalau berkenaan tu lepas ngayap perlu jumpa parent gadis utk berkahwin.

Ngayap juga tak terpakai untuk mereka yang etnik lain. Kalau etnik lain ngayap gadis Iban. Akan kena denda juga oleh Tuai Rumah.





Kembali ke filem di atas. Filem percintaan ini ringan dan menarik. Pastinya happy ending. Lokasi perfileman telah dibuat di Batang Ai (sebuah rumah panjang dibina untuk filem ini), Matang Recreational Park dan Perkampungan Nelayan Buntal.

Comments