Nenek Bongkok Tiga - VIU

 


Aku jarang tengok siri Melayu di platform stream contohnya VIU. Terutama remake dari cerita Korea. Tapi kali ini terpanggil pula nak tengok Nenek Bongkok Tiga. Pelakon yang pun packing boleh tahan, Sofia Jane, Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Fimie Don & Syafie Naswip. Ashraf Muslim & Syazwan Zulkifly dah mati awal dalam cerita ni.



Berlatar belakang mistik, bunian, dimensi lain dan triller, mengisahkan sekumpulan manusia dari pelbagai kisah hidup tersesat di dalam hutan Bukit Luruh. Kalau episod awal tu dah diterangkan jenayah-jenayah dan dosa yang depa dah buat sehingga membuatkan depa berlari ke Bukit Luruh. Lagu Nenek Bongkok Tiga - dari sisi hitamnya sangat menakutkan.

Cerita rekaan Azhar Amirulhisyam dan arahan Datuk Yusri KRU memang menarik ditonton. Aku fikir cerita ni mesra anak-anak. Rupanya tidak, dari segi bahasanya, ganas nya, dan pembunuhannya adalah secara terus dan langsung. Mungkin untuk pasaran VIU. Kalau kira untuk Netflix pun lepas. Sebab ada juga wanita seksi baju ketat, perut berlipat!

Dah lama tak tengok cerita adaptasi daripada cerita dongeng masyarakat digarap dalam bentuk filem. Biasanya cuti sekolah saja muncul itu pun kisah peri-peri dari Indonesia. 



Berharap Amirulhisyam dan Yusry cerita versi mesra budak-budak pula. Tak perlu over sangat pasal bunuh diri, bunuh orang dan carut-carut. Budak-budak pun nak tengok cerita juga. Dan ramai juga pelakon kanak-kanak dalam ni.

Comments