Walki-talkie Pintar - Weavix


Masih relevan lagi penggunaan radio atau walkie-talkie sekarang ni? Sebab sekarang dah ada telefon pintar yang bukan saja boleh dikatakan mudah dibawa tetapi lengkap dengan aplikasi yang boleh digunakan untuk berhubung.

 



Kalau dulu kita lihat, penggunaan pager dikalangan petugas-petugas untuk dihubungi, tetapi sekarang, aplikasi bual seperti Whatsapp digunakan.


Terbalik pula untuk CEO Weavix - Kevin Turpin, sebuah startup yang menjual radio dan aplikasi berkaitan radio pekerja dua hala.

Weavix menyediakan solusi untuk pasar petugas barisan hadapan terutama bahagian kesihatan dalam menyelesaikan masalah perhubungan. Membezakan syarikat dengan syarikat pengeluar radio pintar yang lain, Weavix sediakan radio dilengkapi dengan selular, Wi-Fi, skrin dan GPS terbina dalam. Boleh buat live dan rekod video dan boleh mesej. Bunyi macam telefon pintar kan? Tak, ini radio! Pengurus boleh koordinasi dengan menghantar mesej atau memberi amaran kepada petugas bawahan secara ramai atau bersasar.






 

Berjaya yakinkan pelabur - Insight Partners, Weavix diberi modal sebanyak $33.6 juta atau lebih kurang RM120++ juta. 

Comments