Sekarang ni tengok Youtube pun dah puas kalau nak layan drama. Sebab ramai uploader yang rajin. Dan ada juga official producer akan keluarkan siri-siri lama untuk tontonan secara percuma. Seperti KBS World, Color TV (peminat Nagin boleh tengok sini) dan banyak lagi.
Paling menarik sekali ialah ada Auto-translate. Jadi, kita boleh terus je terjemah ke bahasa yang kita mahu. Tapi ada juga kelemahannya. Terutama kalau Subtitles/CC cuma ada selain English atau dari bahasa asal (auto-generated).
Youtube guna teknologi auto-generated CC dengan hanya melalui bunyi sahaja. Tapi sound mestilah jelas. Dan bahasa yang support setakat ini English, Dutch, French, German, Italian, Japanese, Korean, Portuguese, Russian, and Spanish.Dan kelemahan pula adalah mungkin sebutan dia lain. Tapi capture perkataan lain. Maka, berteraburlah terjemahan kita. Jika sudah ada English, anda dalam zon selamat untuk memahami apa yang dituturkan oleh pelakon.
Ini contoh drama yang baik.
Ini adalah contoh drama yang tidak baik. Sebab CC yang disediakan ada auto generated. Jadi, kita akan terjemah daripada Korean ke Malay. Memang tunggang langgang.
Macam mana nak terjemah?
Klik pada Setting (yang ada HD background merah), Klik pada Korean (auto-generated)
Klik pada Auto-translate dan pilih bahasa yang anda mahu.
Maka hasilnya kelaut. Off sajalah dan tengok dekat hard subbed pada skrin.
Buat masa sekarang, versi mobile masih belum support. Tapi kalau nak tengok juga di handphone. Buka Youtube guna browser dan klik pada desktop version.
Tapi tak berapa stabil sangat. Kena zoom sikit kalau handphone tu saiz kecil. So, sekarang boleh lah tengok cerita Nagin pula kan.
Comments
Post a Comment