Maharaja - Hanyalah Plot Kebiasaan Filem Tamil


Pastinya pada awal tayangan rasmi ke kaca tv atau lebih tepat alat penstreman online secara sah, maka barulah heboh dan kecoh betapa plot twistnya cerita ini. Betapa bijaknya Maharaja merancang sesuatu walaupun wataknya seperti slow-slow ubi.

Sesiapa yang biasa dengan Filem Tamil yang berunsur thriller tentunya dah dapat agak apa yang bakal terjadi. Sebab pastinya jalan cerita akan penuh dengan plot twist yang berbelit-belit. Akhir cerita semua akan dirungkaikan. 

Terbaru, pernah menonton My Name is Shruthi? Ya agak slow pada awal cerita, tetapi bila dah start tengah dan penghujung. Mesti hampa akan wow dengan plot twist nya. Tentunya berbelit-belit dan akhirnya mendapat jawapan.

 

Sama seperti filem Maharaja. Bagi penggemar pastinya akan terus membuat andaian demi andaian  untuk merungkai disebalik cerita ini.

Filem Maharaja disusun secara bercampur-campur antara flash back dan semasa. Bagi mereka yang tak kenal pelakon akan menganggap pelakon adalah semua adalah sama. Gemok dan berjambang. Sebenarnya tidak. 

Watak masa Maharaja masa muda adalah seorang yang slow dan tak melawan. Macam mana tokey dia herdik-herdik dia,dia diam saja. Akur saja. Kemudian ke babak semasa. Masa di Balai Polis dan rambut beruban. 

Pusing balik ke masa lalu, penjahat yang penyayang kepada anak perempuan. Tapi kejam masa menjalankan operasi.

Kalau masa melayan cerita ini sambil buat aktiviti lain, tentunya akan terlepas beberapa babak penting yang tak akan diulang lagi. Maka akan menambah lagi kekeliruan. 

Secara keseluruhan, cerita ini adalah pada tahap yang amat baik dan setanding dengan filem-filem Tamil lain yang penuh dengan plot twist. Cuma agak berat sebab pengarah nak kita berfikir. 

Cuma, amat kecewa kerana, filem sebagus ini dimainkan di Netflix. Tapi oleh kerana tiada terjemahan ke Bahasa Melayu, penonton terpaksa menonton dari sumber tak sah dan dari fan sub. Kepala toya betul.

Comments