Mangkujiwo 2 - Seram Politik

 

Kesian, Uma kena game dengan Broto!

Mangkujiwo kembali dengan sequelnya Mangkujiwo 2. Kisah kepada memperluas kekuasaan Broto dan tiada penjelasan pasal Mangkujiwo. Mungkin sutradara tak ada slot nak cerita panjang-panjang. Kalau nak recap, sila tengok Mangkujiwo 1.

Secara ringkasnya, Broto, Nyi. Kenanga dan Karmila ni rakan komplot. Gunakan ilmu hitam untuk kekuasaan dan kekayaan. Broto seorang yang bijak dalam mengambil kesempatan dan melaga-lagakan orang demi mencapai matlamatnya.

Sebelum ni, misi dia nak hapuskan Cokro, dia manipulasi Uma. Mangkujiwo 2 adalah advance sikit, dia manipulasi Uma dan Rimba untuk selesaikan Jendral dan Dargo.

Cerita ni bukanlah cerita seram sangat walaupun hantu Kanti keluar dengan ketawa terkekek dia tu, lebih kepada lucu sebab cara tergantung tu nampak macam tak stabil. Tapi babak darah dan muntah oat berulat tu agak menggelikan.

Kena tengok yang satu dulu, sebab bila jump kepada yang dua, mungkin akan rasa boring sebab dia tak ada masa nak cerita pasal maksud Mangkujiwo tu apa.Siapa si Uma di sampai 'bapa' sendiri nak tiduri anaknya!

Comments